vesoe.blogspot.com - Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dgn fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan jg semasa haid / nifas, kesemua pengharaman ni mempunyai dalil dan nas yg khusus. Tapi isu ‘oral seks’ tak mempunyai dalil khusus yg melarang, ni menyebabkan berlakunya perbedaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh / menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adlh dibenarkan menurut para ulama Islam karena ia tergolong dlm bentuk aktivitas menaikkan syahwat antara suami isteri yg diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan :
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk http://islamonline.net) berfatwa harus untk mencium kemaluan isteri / suami dgn syarat tak menghisap / menelan apa pun cairan yg keluar darinya. Menelan / menghisap. adlh MAKRUH disisi Islam karena ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tak pd tempatnya) dan melampaui batas dlm hubungan seksual.
Apa yg pasti diharamkan menurut beliau adlh ‘anal sex’ / seks melalui lubang dubur, karena terdapat nas yg jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tak ada nas jelas dari Al-Quran dan hadis yg melarangnya.
Pandangan ‘harus’ / boleh dilakukan ni di sepakati oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan jg Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ni harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dpt menghindarkan pasangan ni dari ketidakpuasan yg boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.
Perbincangan ringkas
Tapi begitu, saya kira kesemua mereka yg mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tak pula menguraikan satu isu yg mungkin bisa dipanjangkan perbahasannya, yaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.
Justru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dlm keadaan tak ada cairan yg dikeluarkan saat aktivtas oral sex ni dilakukan. Tapi keadaan ni dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yg normal, nafsu yg meningkat pastinya akan mengeluarkan cairan yaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Tapi semua ulama bersetuju air mazi adlh najis. Hasilnya, mayoritas pandangan ulama yg menyatakan menelan dan hisap termasuk cairan mazi ni adlh haram / makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dgn segera jika terkena mazi tadi.
Mazi ibarat najis lain yg dianggap kotor dlm Islam, justeru haram memakan kotoran, meminum air kencing dan termasuk jg air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab jg memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ni dpt dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ni adlh haram, tak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dpt memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yg ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dlm mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.
Melalui pandangan ini, kita dpt melihat satu point yg penting, iaitu sejauh mana tindakan ni boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yg membolehkan perilaku ni jg bersetuju untk mengganggapnya haram jika dpt dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia bisa membawa bakteri dan menyebabkan penyakit yg serius.
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
Ini adlh perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dlm banyak hadits, Ar-Rasul melarang untk tasyabbuh (menyerupai) hewan-hewan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahwa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untk tasyabbuh (menyerupai) dgn orang kafir, maka diambil jg daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dgn hewan-hewan-sebagai penguat yg telah lalu, apalagi hewan yg telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ni - merasa tinggi untk menyerupai hewan-hewan
Kesimpulan
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
1) Elok dijauhi aktivitas ni dan melakukan kepada perilaku seks yg lebih sehat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.
2) Harus bagi suami isteri untk mencumbu kemaluan pasangan mereka dgn syarat tak menghisap, jilat dan menelan apapun cairan. Ia jg dituntut untk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktivitas ni sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Tapi ia makruh yg cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ni sengaja untk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan jg binatang.
3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor seperti ini, sama jg seperti diharamkan menjual najis
4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yg diberi oleh Islam / disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yg amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga / lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih / mana-mana pasangan sebelum nikah yg sah adlh haram,
akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sadar dan berfikir bahwa tindakan oral seks ni benar-benar membawa sesuatu yg berharga buat keharmonian rumahtangga, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal / semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ni boleh membawa kepada keinginan nafsu yg semakin membara dan tak terkawal sehingga membahayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yg sentiasa dilayani ini. Sumber : https://inspirasiarticle.wordpress.com/2015/05/20/hukum-menjilat-kemaluan-isteri/
other source : http://docstoc.com, http://news.detik.com, http://tipsislami.blogspot.com
0 Response to "Hukum Menjilat Kemaluan Istri dalam Islam - Hukum Islam"
Post a Comment