vesoe.blogspot.com - Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ni antara info yg terbaik..
.
Tanda-tanda sakit yg selalu kita rasakan berhubung kait dgn fungsi badan yg lain. Bacalah untk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ni cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dgn tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik / hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dgn datang sekejap adlh untk memberi clue/hint yg kita ni sebenar nya sakit.
.
1. MATA (Bertindak balas dgn keadaan hati)..
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yg tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dlm proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pd waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini jg menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yg bersangkut dgn hati / bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tak puas hati / bebanan yg berat.
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dgn paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yg berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yg berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pd orang yg banyak merokok / terdedah kepada udara yg tercemar.
4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adlh tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dgn fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yg lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yg disebabkan oleh sistem penghadaman yg kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dgn RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dgn fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah / gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yg berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut / gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dgn buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yg lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yg berlemak dan toksin yg tak larut dlm air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yg mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yg larut dlm air.Sapukan serbuk Ganoderma pd kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yg lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dgn lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah / sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ni menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yg berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dgn sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi / tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dgn penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah / pengaliran darah tak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yg sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yg sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dlm buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang / buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dgn serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir / barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adlh disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dlm badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yg berkaitan dgn organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yg berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yg berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yg lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yg lemah.
b) Sistem saraf otak yg lemah.
c) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yg lemah.
Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis
other source : http://imgur.com, http://flickr.com, http://trendingindo.blogspot.com
0 Response to "[Kesehatan] Wajib Anda Ketahui !! Kenali Tanda-tanda sakit dibadan, ada maksudnya Lohh"
Post a Comment