This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Pendedahan: Perkara Sebenar Semasa Sidang Media Pas - Perkasa - Economi

vesoe.blogspot.com - Pendedahan: Perkara Sebenar Semasa Sidang Media PAS - PerkasaPendedahan: Perkara Sebenar Semasa Sidang Media Pas - Perkasa Apabila telah dibelasah oleh netizen mengenai kerjasama PAS-PERKASA semalam, PAS menafikan berita-berita yg tersiar di dlm Berita Harian, Malaysiakini dan Malaysian Insider. Setpol Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yg memang dikenali sentiasa membuat penafian apabila Presiden PAS terjerat dgn sesuatu isu, menukarkan perkataan "bekerjasama" dgn "bersetuju" - sedangkan di dlm konteks isu PAS-PERKASA kedua-dua kata perbuatan (verb) itu tak ada bezanya. Wartawan kini jg kesal dgn "penafian" Samsuri itu. Dan mengenai isu PAS Selangor tak bersetuju untk bekerjasama dgn PERKASA, ia merupakan sesuatu yg agak lucu dan pelik. PAS Pusat bertindak lain, PAS Selangor bertindak lain. PAS Selangor tahu bahawa jika ia melakukan kerjasasama dgn PERKASA, habislah impian PAS Selangor di dlm PRU14 nanti walaupun untk memenangi satu kerusi. Ini kerana PERKASA dikenali oleh rakyat di pantai barat sebagai sebuah NGO yg rasis dan ekstrem yg sudah pasti sebarang kerjasama dengannya akan meletakkan PAS Selangor di dlm keadaan tersepi dan kritikal serta ditolak oleh rakyat Selangor. Hal yg sama jg berlaku di dlm isu hudud. Tatkala PAS Pusat berhempas pulas kononnya memperjuangkan hudud (sedangkan yg sebenarnya bukan hudud tetapi hanya pindaan EKJS Kelantan), PAS Selangor mengambil sikap "tidak menyokong hudud" di atas alasan Selangor bersedia semata-mata untk menjaga hati pengundinya disamping mengekal jawatan dan kedudukan mereka di dlm kerajaan negeri Selangor.

other source : http://news.detik.com, http://kerajaanrakyat.blogspot.com, http://imgur.com

0 Response to "Pendedahan: Perkara Sebenar Semasa Sidang Media Pas - Perkasa - Economi"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *