vesoe.blogspot.com - KISAHBENAR!!!GURU MENITIS AIR MATA MEMBACA KARANGAN PELAJAR 11 TAHUN INI...
Sayu...Coretan hati adik 11 tahun ni menyentuh hati guru yg membacanya...
Tersentuh hati Abang Lan bila membaca karangan Adik Nik Nur Kamelia Nik Mohd Iruan 11 tahun dari Kampung Pulau Kapas Demit Kubang Kerian Kelantan ini. Semoga anak-anak keluarga ni berjaya di dunia dan akhirat.
Saya orang miskin, saya selalu bawa duit RM1 sehari. Kalau ada (kelas) Fardu Ain, saya bawa RM2. Ayah saya pula kerja buat rumah batu dan ayah selalu berhutang dgn orang.
Kalau ayah saya dpt gaji, ayah saya bayar hutang orang lain sampai saya dan keluarga tak dpt makan.
Kalau saya tak dpt makan, saya dan adik saya pergi cari ubi kayu.
Kadang-kadang saya tak dpt makan ubi kayu, saya bagi adik. Saya tak makan pun tak pe.
Itu antara bait ayat yg dikarang Nik Nur Kamelia Nik Mohd Iruan, 11, ketika diminta guru bahasa Inggeris sekolahnya menulis karangan mengenai ‘Myself’ pd hari kedua persekolahan, minggu lalu.
Karangan menyentuh hati itu ditulis murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Demit berkenaan dlm bahasa Melayu kerana mendakwa tak tahu menulis dlm bahasa Inggeris.
other source : http://juarasensasi.blogspot.com, http://instagram.com, http://detik.com
0 Response to "Kisahbenar!guru Menitis Air Mata Membaca Karangan Pelajar 11 Tahun ini"
Post a Comment