This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Kisahbenar! Adik Ipar Hanya Berpakaian dalam Memasuki Bilik Suami Ketika Isteri Tiada

vesoe.blogspot.com - KISAHBENAR!!! Adik Ipar Hanya Berpakaian Dalam memasuki Bilik Suami Ketika Isteri Tiada

Kisahbenar! Adik Ipar Hanya Berpakaian dalam Memasuki Bilik Suami Ketika Isteri Tiada

Saya berusia awal 30-an dan tinggal bersama mentua di Melaka. Kami terpaksa membuat pilihan itu kerana tempat kerja isteri berdekatan rumah mentua.

Saya pula bekerja sementara sebagai guru bahasa di Melaka. Saya amat menyayangi isteri dan anak perempuan berusia lima bulan.



Isteri ada seorang adik lelaki dan dua adik perempuan berusia 18 dan 14 tahun.

Selepas berkahwin, dua adik ipar saya itu sering mengganggu saya.

Disebabkan bilik kami bersebelahan, adik ipar yg kedua sering masuk ke bilik saya dgn hanya memakai seluar pendek dan pakaian dlm ketika isteri saya tiada di bilik.

Apabila isteri berada di bilik, dia masuk untk meminta minyak rambut / bedak. Dia jg pernah membuka pintu bilik air walaupun mengetahui saya sedang mandi dan tak berpakaian.

Baru-baru ini, dia memberikan saya telefon bimbitnya ketika itu telefon saya rosak. Saya terkejut apabila dia mengirimkan mesej lucah yg ingin mengajak saya ‘bersama’.

Saya memulangkan semula telefon itu keesokan harinya. Perkara sama berlaku kepada adik ipar perempuan yg seorang lagi. Dia pernah berbogel di hadapan saya.

Dia jg pernah berpakat dgn kawan sekolahnya seramai empat orang untk mengganggu saya. Disebabkan saya mengajar tak jauh dari sekolahnya, saya ada menawarkan diri untk menghantar serta mengambilnya dari sekolah.

Rancangan mereka diketahui isteri apabila salah seorang daripada mereka memberitahu kami dan adik perempuan isteri saya itu dipindahkan ke sekolah lain.

Saya dilarang isteri membawa adiknya seorang diri. Bagaimanapun, saya anggap mereka seperti adik kandung sendiri yg masih jahil. Saya tak mahu mengambil kesempatan ke atas mereka.

Masalah timbul apabila isteri sering menolak ajakan saya untk bersama selepas melahirkan anak pertama. Ia menyebabkan saya kecewa dan takut akan terbabit dgn maksiat.

Apa yg perlu saya lakukan untk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yg tak diingini? Sebelum ini, saya dan isteri pernah terlanjur dlm tempoh bertunang dan saya amat menyesali perkara itu dan berjanji tak akan mengulanginya.

Mungkin itu ujian Allah bagi menguji kebenaran janji umatnya.

SUAMI SETIA,
Johor

ISLAM adlh agama yg komprehensif dan lengkap. Kes seperti di atas sudah dijangka apabila Rasulullah s.a.w sendiri menasihati tiap Muslim supaya sentiasa menjaga maruah diri dgn tak duduk berdua-duaan dgn sebarang wanita.

Ini termasuk jg dgn adik ipar dan keluarga terdekat. Rasulullah bersabda yg bermaksud: Jangan kamu sekalian masuk ke dlm (ruang) wanita. Salah seorang Ansar bertanya, Ya Rasulullah, bagaimana dgn saudara ipar (al-hamu)? Rasulullah menjawab, Saudara ipar adlh kematian. (Bukhari, Muslim, Ahmad).

Kematian di sini bermaksud keadaan yg tersangat bahaya kerana perbuatan berdua-duaan itu boleh membawa kepada dosa seperti zina, tuduhan jahat dan berlaku perpecahan keluarga apabila perkara tak diinginkan berlaku.

Pada kebiasaan, masyarakat lebih berhati-hati dgn orang asing tetapi tak apabila sesama keluarga sendiri. Mereka mengambil mudah dan kadang-kadang terlepas pandang dgn ahli keluarga sendiri.

Sebab itu, Rasulullah memberi amaran seperti di atas. Saudara sepatutnya lebih cermat dlm hubungan antara ipar supaya tak mudah tergoda.

Sebaik mungkin saudara hendaklah mengelak daripada tinggal berdua di rumah.

Nafsu dan syaitan sentiasa mencari kesempatan memerangkap anda.

Anda sekeluarga sepatutnya pindah ke rumah yg lain supaya sebegitu tak terus berlaku. Perasaan anda hendak dinyatakan kepada isteri terutamanya keinginan seksual.

Isteri pula hendaklah sentiasa memenuhi tanggungjawab melayan kehendak seksual suami apabila diminta. Mengabaikan tanggungjawab itu boleh meretakkan hubungan suami isteri.

Seterusnya dosa yg lampau hendaklah dihilangkan dgn bertaubat kepada Allah. Saudara hendaklah berazam untk tak lagi melakukan dosa seperti itu lagi.

Hanya kepada Allah saja tempat kita mengadu dan Allah yg menjaga kita. Banyak berdoa semoga diampuni dan tak lagi terjerumus dlm dosa lalu.

0 Response to "Kisahbenar! Adik Ipar Hanya Berpakaian dalam Memasuki Bilik Suami Ketika Isteri Tiada"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *