vesoe.blogspot.com - Malaysia seringkali menjadi salah satu destinasi utama bagi pelancong dari seluruh dunia kerana mempunyai tarikannya yg tersendiri. Namun, tahukah anda bahawa negara kita jg menjadi lokasi pilihan pengarah filem antarabangsa untk menjalani penggambaran filem mereka.
Tentunya ni meletakkan Malaysia dlm peta utama industri perfileman antarabangsa seperti Hollywood, Bollywood dan Hong Kong.
Berikut adlh 16 filem antarabangsa yg menjadi pilihan pengarah terkenal untk menjalani penggambaran filem mereka di negara kita.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas
1. Indochine (1992)
Imej dari youtube
Indochine adlh sebuah sebuah filem Perancis yg diterbitkan pd tahun 1992. Berlatar belakangkan zaman koloni ‘French Indochina’ di Vietnam sekitar tahun 1930an hingga 50an, filem ni mengesahkan Eliane Devries, seorang pemilik ladang dari Perancis dan krisis bersama anak angkatnya dari Vietnam, Camille. Dibarisi pelakon-pelakon Perancis, filem ni telah menjalani penggambaran di sekitar Pulau Pinang, Ipoh, Parit dan Shah Alam.
2. Police Story 3 (1992)
Imej dari hype.my
Police Story 3 adlh sebuah filem Hong Kong lakonan Datuk Jackie Chan dan Tan Sri Michelle Yeoh yg paling popular dan dikenali ramai. Pasti masih ramai yg tak lupa satu babak di dlm filem ni di mana. Jackie Chan tergantung dgn tangga bertali dari helikopter dan kemudiannya terbang mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur.
3. Beyond Rangoon (1995)
Imej dari hype.my
Sebuah filem arahan John Boorman yg bertemakan politik. Mengisahkan Laura Bowman lakonan Patricia Arquette, seorang pelancong dari Amerika yg berkunjung ke Burma pd tahun 1988 sewaktu krisis ‘8888 Uprising’ melanda negara itu. Keseluruhan filem ni sebenarnya menjalani penggambaran di Malaysia.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas
4. Thunderbolt (1995)
Imej dari hype.my
Filem ni dibintangi oleh Datuk Jackie Chan dan bertemakan dunia perlumbaan kereta. Yang menariknya tentang filem ni ialah terdapat banyak bahasa yg digunakan seperti Jepun, Cina dan Inggeris. Penggambaran filem ni dilakukan seperti di Sendai Hi-Land Raceway di Jepun dan Litar Batu Tiga, Shah Alam.
5. Young & Dangerous 5 (1998)
Imej dari hype.my
Filem dari Hong Kong yg sangat popular mengisahkan tentang dunia kongsi gelap. Filem ni memapakan kerjasama dua kumpulan kongsi gelap dari Malaysia dan Hong Kong.
Pelakon Paul Chun telah memegang watak sebagai Datuk Chan Ka Nam dan turut tampil lengkap berbaju melayu dan songkok. Salah satu babak dlm filem ni menjalani penggambaran di Restoran Soo Kee berdekatan Jalan Imbi.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas
6. Anna and the King (1999)
Imej dari astrogempak
Di adaptasi dari novel Anna and the King of Siam. Jodie Foster yg memegang watak Anna Leonowens ditugaskan menjadi guru kepada anak-anFilem ni turut dibintangi selebriti tanah air seperti Afdlin Shauki, Deanna Yusoff dan Sean Ghazi. Lokasinya pula dijalankan di Pulau Pinang, Ipoh dan Langkawi.
7. Entrapment (1999)
Imej dari hype.my
Bintang popular Hollywood, Sean Connery dan Catherine Zeta Jones menyumbang jasa dan keringat mereka dlm filem ini. Aksi-aksi lasak dlm filem ni dirakamkan di Chow Kit, KLCC, dan Stesen LRT Bukit Jalil.
Aksi-aksi hebat filem ni telah dirakamkan dgn berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas
8. Summer Holiday (2000)
Imej dari hype.my
Sebuah filem dari Hong Kong arahan Jingle Ma dan dibintagi oleh Sammi Cheng dan Richie Ren yg berkisarkan tentang cinta dan kasih sayang. Lokasi penggambaran filem ni mengambil tempat di Pulau Redang, Terengganu. Kisah cinta sepasang kekasih yg memiliki resort di sebuah pulau di Malaysia. Lokasi penggambarannya ialah Pulau Redang, Terengganu.
9. The Sleeping Dictionary (2003)
Imej dari astrogempak.com
Sebuah filem romantik arahan Guy Jenkin dan dibintangi oleh Hugh Dancy, Jessica Alba, Brenda Blethyn, Emily Mortimer dan Bob Hoskins. Menjadikan Sarawak sebagai pilihan lokasi utama, filem ni menceritakan seorang pemuda yg berkunjung ke Sarawak sewaktu zaman penjajahan British di negeri itu.Pemuda itu tertarik dgn seorang gadis tempatan tetapi perhubungan mereka menjadi huru-hara kerana perbezaan budaya.
10. Don (2006)
Imej dari astrogempak.com
FIlem Bollywood lakonan Datuk Shah Rukh Khan yg diarahkan oleh Farhan Akhtar. Arjun Rampal dan Priyanka Chopra turut sama berlakon dlm filem ini. Hampir 80% penggambaran filem ni dijalankan di Malaysia, antaranya mengambil tempat di Menara Berkembar Petronas dan Jalan Masjid India.
11. After This, Our Exile (2006)
Imej dari hype.my
Pelakon popular Hong Kong, Aaron Kwok menjadi watak utama untk filem ni di mana dia merupakan seorang lelaki yg berdepan krisis masalah keluarga. Filem ni sangat menarik apabila memaparkan keindahan bandaraya Ipoh.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas
12. Road to Dawn (2007)
Imej dari astrogempak.com
Filem sejarah China yg diarahkan oleh pengarah Hong Kong, Derek Chiu. Filem ni menggambarkan episod gelap dlm kehidupan revolusi Sun Yat -sen apabila dia mencari perlindungan di Pulau Pinang dari Julai hingga Disember 1910. Filem ni adlh filem pertama dari Tanah Besar China yg menjalani penggambaran sepenuhnya di Pulau Pinang.
13. Lust, Caution (2007)
Imej dari hype.my
Filem berunsurkan thriller erotik ni adlh arahan dari Pengarah antarabangsa terkenal, Ang Lee. Pulau Pinang dan Ipoh menjadi latar belakang filem yg berkisarkan penjajahan Jepun di negara-negara Asia sekitar tahun 1938 dan 1942. Filem ni turut dibintangi Tang Wei, Tony Leung Chiu Wai dan Wang Leehom.
14. Fair Game (2010)
Imej dari astrogempak.com
FIlem lakonan Naomi Watts dan Sean Penn ni memaparkan kisah politik Amerika Syarikat di mana seorang wanita telah dituduh sebagai pengkhianat oleh negaranya sendiri. Babak awal filem ni menjalani penggambaran di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas
15. The Viral Factor (2012)
Imej dari astrogempak.com
Filem aksi dari Hong Kong yg diarahkan oleh Dante Lam serta bintang utama filem ni ialah Jay Chou dan Nicholas Tse. Bermodalkan sebanyak HK$200 juta (RM114 juta), hampir 80% filem ni menjalani penggambaran di Malaysia dan lokasi yg menjadi pilihan pengarah adlh International Medical University di Bukit Jalil dan Jalan Raja Chulan. Aksi kejar mengejar turut berlaku di pusat beli-belah Pavillion.
16. Blackhat (2015)
Sumber dari astrogempak.com
Chris Hemsworth adlh teraju utama filem ini. Sewaktu di Malaysia, penggambaran telah mengambil masa selama 5 minggu melibatkan lokasi-lokasi seperti Kuala Lumpur, Port Klang, Pulau Pangkor, Manjung, Lumut, Marina Island dan Putrajaya. Pelakon lain filem ni ialah Tang Wei, Viola Davis, Holt McCallany, dan Wang Leehom.
Sumber dari Astro Gempak dan Hype.my
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas
other source : http://tribunnews.com, http://lintas.me, http://isukakipanas.blogspot.com
0 Response to "Filem Antarabangsa yang Popular ini Pernah Menjalani Penggambaran di Malaysia"
Post a Comment